Sebagai sorang manusia yang membesar dan menjadi ganyut setiap hari, kita tak terelak daripada melupakan aktiviti serta kenangan lama masa muda² dulu. Contohnya cam permainan tradisional ataupun yang direka sendiri. Oleh itu, kat sini saya nak tanya korang satu soalan. Korang ingat lagi tak permainan² yang disebut kat bawah ni? Kalau tak ingat, sila staple kepala masing², okey? (Kecuali la korang berasal dari generasi berlainan dan tak pernah main benda alah camni).
1. Lawan Pemadam
Sediakan satu meja dan dua atau lebih orang pemain. Masing² ada satu pemadam berjenama negara (secara purata 9/10 rakyat Malaysia setuju pemadam Brazil merupakan pemadam yang sangat dahsyat). Sebaik saja permainan bermula, pemain akan tekan pemadam tu menuju ke arah pemadam lawan. Pemadam yang berjaya menindih pemadam lawan dikira pemenang. Kemudian permainan diulangi sampai muntah atau dimarahi cikgu.
2. Lawan Pen
Konsep yang hampir sama dengan Lawan Pemadam. Satu meja diperlukan dan beberapa orang pemain dibenarkan berlawan secara serentak. Cara nak menang mudah jer. Setiap pemain kena jentik pen masing² melanggar pen lawan sehingga la pen diorang tu jatuh. Pen yang berjaya kekal kat atas meja sehingga perlawanan tamat (pen lain habis jatuh semua la) dianggap pemenang. Pen yang digunakan untuk beraksi gak boleh diubahsuai mengikut kreativiti pemain.
3. Rebut Tiang
Lokasi strategik diperlukan untuk permainan ni. Semakin banyak tiang sesuatu tempat tu ada, semakin meriah permainan. Kebiasaannya koridor kat luar kelas ataupun rumah teres satu tingkat menjadi feveret. Camner nak main? Letak kaki masing² pastu kira. Saper yang terpilih jadi 'beruk' tak dibenarkan pilih tiang. Yang lain boleh. Apabila permainan dimulakan, setiap pemain yang memiliki tiang harus la menukar posisi dengan pemain lain, pada masa sama tiang yang ditinggalkan tak dicerobohi 'beruk' tersebut. Kalau kena ceroboh, giliran mangsa ceroboh tu pula jadi 'beruk'. Permainan ni gak menyaksikan ramai pemain ter-kangkang² bergerak dari satu tiang ke tiang yang lain.
4. Bola Sepak Kad Dan Kertas
Potong kad manila jadi saiz kad terup (atau beli jer kad terup apa² jenis) pastu lipat dua. Lipat la sebanyak mana yang korang nak tapi pastikan jumlahnya seimbang untuk ke-dua² pasukan (ya, main bola sepak kena ada dua pasukan). Bila dah selesai buat pasukan, koyakkan secebis kertas lalu komot²-kannya sehingga menjadi 'segumpal' bola kertas yang comel. Mulakan permainan dengan menepuk kad yang dilipat dua tu untuk menendang bola. Ha, jangan lupa buat pintu gol tau.
5. Lompat Getah
Permainan ni memerlukan jumlah gegelung getah yang sangat banyak. Sambungkan gegelung getah tersebut sehingga menjadi seutas tali getah yang panjang. Kemudian buat dua pasukan (kalau tak silap lebih pun boleh). Tugas setiap pasukan ialah melepasi halangan dengan cara melompat ataupun menyangkutkan ke-dua² belah kaki melepasi tali getah tersebut. Oh ya, setiap halangan terdiri daripada pelbagai tahap ketinggian cam tahap lutut, peha, pinggang, dada, bahu, telinga, bulu kening dan akhir sekali, kepala. Dengan bangga saya katakan, saya sangat handal main lompat getah. Nak lawan? :P
Jadi, kesimpulannya semua ni merupakan hasil kreativiti kanak² generasi terdahulu sebelum munculnya permainan maya cam Playstation, komputer dan sebagainya. Bagi la apa pun, dengan mudah diorang akan jadikannya sebagai permainan. Setuju?
p/s: Apa lagi ek permainan lain yang direka sendiri?
Why I English
2 months ago
19 comments:
wah..ni permainan zaman i mude2 dulu la..huhu
lawan pemadam ulang sampai muntah x best ijan... die yg best bile dpt rampas pemadam pihak lawan kumpul sampai penuh satu beg plastik... hehe
ieqa: haah. masa i muda2 dulu gak. :)
husain: tu salah satu teknik diktator. haha.
tekenang balik zmn skola. hehe
especiall yang main rebut tiang tu XD
p/s: mm ganyut tu ape maksudnye? ehe~
anish: pernah dengar istilah 'tua ganyut'? ganyut tu maknanya tua la. :P
yang teringat:
- tuju lemak
memerlukan pemadam (atau utk yg lebih ekstrim, bola getah/tenis), kawasan lapang dan ramai pemain. Aim permainan ini simple sahaja. Utk membaling bola/pemadam itu kepada sesiapa saja yang termampu dan terdekat sampai tamat waktu rehat.
- ice cream soda
Xmemerlukan apa2, cuma beberapa org pemain. Mula2 berdiri dalam satu bulatan dan tentukan siapa yg akan memulakan permainan dengan menyanyikan lagu "ice cream soda pepsi cola". Orang yg terpilih perlu memijak kaki pemain di sebelah kanannya (dan org tersebut kenala cuba elak). jika terkena, orang yg dipijak itu dikira "mati" dan keluar dr permainan, dan si pemijak dapat cubaan memijak sekali lagi. jika tersasar, turn orang seterusnya pula.. last person standing wins.
rindu zaman kanak2.. n agak surprised n sedih apabila kanak2 zaman skarang dah xmain permainan2 ini lagi..
:(
anak pak man: yang tuju lemak tu cam main bola cap/caping jer? sama ke eh?
yang ice cream soda tu memang selalu gaduh. alasan, tak ready lagi. hahah.
Slm,
Suka main tuju tin/slipar,tp ni prmainan tradisional,maaf kurang menepati khndk soalan..hehe. Mmg best sbb die siap ade plan2 strategi lg! Ms main tu mcm2 gaya 'The Matrix' akan muncul smata2 utk elak dr dituju..haha. Lg satu,keadaan slipar pun ambk kire,kalau ringan,sng nak mlyg kene phk musuh,yg berat plk sng nak jthkan selipar yg dah disusun menegak tu. Jd kena ambk yg sedang2.. Sgala mcm aspek fizik lg la yg kene dikaji utk dptkan slipar yg terbaik! Cuma,slipar tu seeloknya guna yg baru,ksian kat org.. Oh. Kasut x boleh tau,bahaye ye! :)
phyto hystrix: hehe. takper, terbabas sikit jer daripada soalan. tolak markah sikit jer. :) i kalau main game ni, aku tak suka target timbunan selipar tu. i suka target orang. tapi i tak suka orang target i balik. haha. :D
hehehe... memories!! konda kondi!!
ms Martha Moore: hehehe. :)
lawan pemadam terbaik! :D
hannamaruku: heee. :D
lama tak update cik abang?
sigh. we were so creative back then kan? budak budak nowadays reti main psp je. sheesh.
merissa k: busy dengan kerjaya lately. ececeh. :D
hm, tu la pasal. bukan nak kata diorang dah tak kreatif dah nowadays. diorang still ada 'talent' tu, tapi...diorang terlalu busy dengan virtual games sampai lupa benda2 camni. huhu.
nanti abang update lagi, okeh adik manis? adik punya pasal, no hal! hehehe. XD
rindu gile zaman2 ni. part mainan rebut tiang tu bes.l men getah, aku adalah sgt2 loser! haha
gadis sebelah pintu: kenangan masa muda² dulu. :D
blog yg bagus.. aku suka..!
anonymous: thanks!
Post a Comment