Garpu Mahaswansea sedang lena diulit mimpi. Tilam katilnya yang empuk sentiasa membuatkannya berdengkur beriramakan muzik Rock Jiwang kontemporari dari negara seberang yang suatu masa dahulu sangat dipopularkan oleh sebuah band yang penyanyi utamanya ditangkap kerana bergomol-gomol di dalam sebuah video yang tersebar luas.
Jam menunjukkan 12.36 tengah malam. Telefon bimbit didatangi dengan skrin boleh cucuk-cucuk jari miliknya berbunyi. Gadis bernama Pishau menelefon. Sambil berguling-guling, Garpu Mahaswansea menjawab dengan manja. "Ye Pishauuuu...nape call malam-malam camni? Pupu dah tido tau...". Gadisnya menjawab, "Saja je. Boleh ke tak? Kalau boleh cakap "Oh yeah!", kalau tak boleh cakap...", sebelum sempat si gadis itu menghabiskan ayatnya, Garpu Mahaswansea yang masih berguling-guling itu terguling di atas seorang... seekor... sebungkus pocong.
"Oh najis! Oh najis! Ohhhhh najissssss!", Garpu Mahaswansea terjatuh dari katilnya sambil menjerit ketakutan.
Pocong itu bangun dan senyum. Tanpa membuang masa, Garpu Mahaswansea bergegas lari ke arah pintu dengan niat berlari lintang-pukang gaya backstroke, andai kata si pocong itu mengejarnya. Namun tombol pintu bilik yang digenggamnya keras membatu tidak boleh dipusing.
"Bukak la wei!! Bukak!!!", teriak Garpu Mahaswansea dalam ketakutan. Baru disedarinya bahawa tombol yang cuba dipusingnya itu kelihatan seperti kepala botak bersaiz kecil berwarna kuning seakan-akan kepala toyol. Rupa-rupanya memang toyol! Lantas Garpu Mahaswansea menerajang semua benda, binatang mahupun makhluk yang berada di depannya dan berlari keluar. Ketika itu baru dia sedar bahawa tangannya masih memegang telefon bimbit skrin cucuk-cucuk jari dengan nama 'Pishau Nom Nom' di talian.
"Hello! Pishau! Pishau! Tolong Pupu! Tolong Pupu! Tolooo...", ditolehnya betul-betul, telefon bimbit yang disangka dipegangnya itu sudah tiada, tapi kepala penanggal tersenyum sinis ada! Dilemparnya ke dinding sekuat hati sebaik sahaja penanggal itu mencium pipinya.
"Kejap! Kejap! Kejappppp!", Sidop mencelah.
"Apa?", Kudes terpinga-pinga.
"Part guling atas pocong tu aku boleh terima lagi, part tombol pintu jadi kepala toyol pun okey la, aku layankan je. Part henpon jadi kepala penanggal tu aku tak boleh blah. Saiz tak sama kot! Siap cium pulak."
"Ala, lantaklah. Ni cerita aku."
"Kot ye pun, agak-agak ar. Hukum fiziknya bertabur benor. Dah la tu, berapa banyak hantu ko nak masukkan hah? Baru keluar bilik dah ada tiga. Kalau sampai pintu luar, tangga bilik, mangkuk jamban, pagar luar, berapa kau nak bagi? 30?"
"Potong stim betul la kau ni. Ah, aku tanak tukar. Lantak la apa ko dengan editor aku nak cakap, aku tidak akan memberi seketul najis pun. Ni cerita aku."
"Ptuiiiii!"
...... Maka ditakdirkan tuhan ceritera 'Hikayat Seram Garpu Mahaswansea' mendapat sambutan hangat dari pembaca lalu dipilih oleh tiga orang direktur adik-beradik negara untuk diadaptasikan menjadi filem komedi seram yang bakal ditayangkan pada Syawal 2012......
Why I English
2 months ago
5 comments:
salam,
baru faham status u! kikiki,lawak je cara dia mintak tolong,macam dah memang x berdaya sangat dah. haha! XD yg pocong tu-sebungkus-i've never used or came across any usage of sebungkus for a ghost. this one,matches perfectly. XD
phyto: eeeeeeeehehehehehehe... :D *eerie laugh*
haha,teruk! tak takut! :P
lama x baca blog ko, dan ko masih sengal
n: I'll take that as a compliment. hehe.
Post a Comment