Showing posts with label Bahasa Ibunda. Show all posts
Showing posts with label Bahasa Ibunda. Show all posts

Edisi Khas Bahasa Melayu 6: Hikayat Seram Garpu Mahaswansea

Garpu Mahaswansea sedang lena diulit mimpi. Tilam katilnya yang empuk sentiasa membuatkannya berdengkur beriramakan muzik Rock Jiwang kontemporari dari negara seberang yang suatu masa dahulu sangat dipopularkan oleh sebuah band yang penyanyi utamanya ditangkap kerana bergomol-gomol di dalam sebuah video yang tersebar luas.

Jam menunjukkan 12.36 tengah malam. Telefon bimbit didatangi dengan skrin boleh cucuk-cucuk jari miliknya berbunyi. Gadis bernama Pishau menelefon. Sambil berguling-guling, Garpu Mahaswansea menjawab dengan manja. "Ye Pishauuuu...nape call malam-malam camni? Pupu dah tido tau...". Gadisnya menjawab, "Saja je. Boleh ke tak? Kalau boleh cakap "Oh yeah!", kalau tak boleh cakap...", sebelum sempat si gadis itu menghabiskan ayatnya, Garpu Mahaswansea yang masih berguling-guling itu terguling di atas seorang... seekor... sebungkus pocong.

"Oh najis! Oh najis! Ohhhhh najissssss!", Garpu Mahaswansea terjatuh dari katilnya sambil menjerit ketakutan.

Pocong itu bangun dan senyum. Tanpa membuang masa, Garpu Mahaswansea bergegas lari ke arah pintu dengan niat berlari lintang-pukang gaya backstroke, andai kata si pocong itu mengejarnya. Namun tombol pintu bilik yang digenggamnya keras membatu tidak boleh dipusing.

"Bukak la wei!! Bukak!!!", teriak Garpu Mahaswansea dalam ketakutan. Baru disedarinya bahawa tombol yang cuba dipusingnya itu kelihatan seperti kepala botak bersaiz kecil berwarna kuning seakan-akan kepala toyol. Rupa-rupanya memang toyol! Lantas Garpu Mahaswansea menerajang semua benda, binatang mahupun makhluk yang berada di depannya dan berlari keluar. Ketika itu baru dia sedar bahawa tangannya masih memegang telefon bimbit skrin cucuk-cucuk jari dengan nama 'Pishau Nom Nom' di talian.

"Hello! Pishau! Pishau! Tolong Pupu! Tolong Pupu! Tolooo...", ditolehnya betul-betul, telefon bimbit yang disangka dipegangnya itu sudah tiada, tapi kepala penanggal tersenyum sinis ada! Dilemparnya ke dinding sekuat hati sebaik sahaja penanggal itu mencium pipinya.

"Kejap! Kejap! Kejappppp!", Sidop mencelah.

"Apa?", Kudes terpinga-pinga.

"Part guling atas pocong tu aku boleh terima lagi, part tombol pintu jadi kepala toyol pun okey la, aku layankan je. Part henpon jadi kepala penanggal tu aku tak boleh blah. Saiz tak sama kot! Siap cium pulak."

"Ala, lantaklah. Ni cerita aku."

"Kot ye pun, agak-agak ar. Hukum fiziknya bertabur benor. Dah la tu, berapa banyak hantu ko nak masukkan hah? Baru keluar bilik dah ada tiga. Kalau sampai pintu luar, tangga bilik, mangkuk jamban, pagar luar, berapa kau nak bagi? 30?"

"Potong stim betul la kau ni. Ah, aku tanak tukar. Lantak la apa ko dengan editor aku nak cakap, aku tidak akan memberi seketul najis pun. Ni cerita aku."

"Ptuiiiii!"

...... Maka ditakdirkan tuhan ceritera 'Hikayat Seram Garpu Mahaswansea' mendapat sambutan hangat dari pembaca lalu dipilih oleh tiga orang direktur adik-beradik negara untuk diadaptasikan menjadi filem komedi seram yang bakal ditayangkan pada Syawal 2012......

Edisi Khas Bahasa Melayu 5: Hikayat Esemes

Sepasang couple sedang ber-SMS pada waktu malam sebelum tidur. Jam menunjukkan 11.47.34, 11.47.35, 11.47.36......

Juli
Nantuk... :(

Rapit
Pi tido pi. :)

Juli
Epok?

Rapit
Tammau. :P

Juli
Nyanyi n dodoikan?

Rapit
Tanak. :D

Juli
:'(

Rapit
Olololoh... :D

Juli
Nanite... *blowing kiss*

Rapit
Alamak! Dah terbang pergi! :(

Juli
Camne boleh terbang pergi? :(

Rapit
Angin kuat sangat. Tak sempat tangkap. :(

Juli
Pi carik balik! Kalau tak tammau kawan dah. :(

Rapit
Okey! Jap! Jap! Jappppp!

Selepas 3 minit...

Rapit
Dah dapat! Tersangkut kat satelit Astro atas bumbung rumah tadi. Heheh. :D

Juli
:)

Rapit
Betul dah nak tido?

Juli
Betul laa... dah nantuk giler. Medula oblongata I dah shut down dah ni. :(

Rapit
Ooo... okey2. Hati2! ;P

Juli
Nape?

Rapit
Ada hantuuuu...eeeeee.... :D

Juli
Tak takut pun~

Rapit
Nanti jangan peluk bantal tau. Takut terpeluk benda lain pulak..... heheheheh~ :D

Juli
Bwek! Tak takut!

Rapit
Nanti jangan pandang bawah katil tau....

Juli
Ish!

Rapit
Huhu. T_T

Juli
Nape?

Rapit
I tertakutkan diri sendiri. T_T

Juli
Hehehe. Padan muka! ;P

Rapit
Wuwuwu. T_T

Juli
Klakar la U ni... hee. :D

Rapit
Heheh. U hepi tak skrg?

Juli
Hepi! Nape tanya?

Rapit
Hm.... :)

Juli
Nape 'hm....'?

Rapit
Jom kita break up jom. :D

Juli
Huh? What?

Rapit
I said, jom kita break up jom. :D

Juli
Why??? :(

Rapit
Ntah. Dah lama sangat kita kapel. Bosanlah pulak. Heheh.

Juli
U jangan main2!

Rapit
Mana ada I main2. I serius ni. Tengok I buat muka serius. Hm. >=[

Juli
U serius ke ni? Sumpah? :(

Rapit
Sumpah. Jom la break up. :)

Juli
Habis tadi nape U mesra2? Nape buat I senyum? Nape buat I hepi??? :'(

Rapit
Sebab I nak bagi mood U baik. Supaya U boleh terima keputusan ni dengan baik. I ada baca kat Internet. Kalau nak break up, make sure si dia tu dalam mood yang baik & waras. Hee. :D

Juli
Palotak U!

Edisi Khas Bahasa Melayu 4: Cinta Dan Kapal Hubungan

Hadi
Okey, sekarang lagi senang kalau kau berterus-terang. Apa yang buat kau rasa macam ni? Apa yang buat kau ragu-ragu, sampai menggelabah tak tentu pasal sedangkan bendanya belum pun berlaku. Cuba cerita. And aku cakap, "Cuba cerita", bukan "Ceciter, ceciter". Sekali-sekala guna macam tu, tak apa. Banyak kali dah jadi annoying nak mampus. Ha, cuba cerita.

Japa
Well, at first macam biasalah, jatuh hati, berkenalan, rasa makin suka, rasa makin sayang, propose jadi pakwe-makwe, then kenal hati budi dengan lebih lanjut, hari-hari mesej, hari-hari call, kalau sehari tak dengar khabar rasa semacam tak lengkap. Mula-mula semuanya rasa best, bahagia tak ingat. Tapi lama-lama rasa lain sikit. Belum sampai tahap bosan, tapi... yelah, rasa macam tak kena.

Hadi
Okey, bila orang cakap hubungan dia macam ada yang tak kena, ada beberapa situasi yang selalunya berlaku tanpa disedari. SATU, diorang memang sebenarnya dah bosan, tapi masing-masing tak nak mengaku. DUA, dah wujud orang ketiga. TIGA, diorang baru perasan yang sebenarnya diorang tak serasi langsung. Sebelum ni semuanya either nafsu atau just buta. Asal ada rasa syok sikit, oh, itulah cinta! Podah. EMPAT, diorang dah jumpa orang baru. Belum sampai tahap jadi orang ketiga, belum cukup kenal untuk dijadikan skandal atau simpanan, tapi diorang terjumpa seseorang yang lebih menarik, sama ada dari segi fizikal mahupun personaliti. LIMA, diorang dah langgar barrier.

Japa
Barrier? Maksud kau?

Hadi
Perbezaan usia, ataupun darjat, ataupun agama, ataupun bangsa, ataupun sifat, atau apa-apa yang pada mulanya diorang rasa macam, "Tak apa, we can find a way to deal with that later", tapi lama-lama setelah cuba dan terus mencuba, diorang gagal dan akhirnya give up. That's the barrier I'm talking about. Is that your case?

Japa
Tak. Aku rasa kes aku lebih kepada nombor tiga atau empat. Atau kedua-duanya.

Hadi
Look, kalau bab keserasian, aku tak boleh komen. Sebab bukan aku yang tengah bercinta dan berdilema sekarang ni. Kau dengan partner kau yang lagi tau tentang hati budi masing-masing. Kalau kau rasa masih ada peluang untuk korang menjadi lebih serasi, then by all means, cuba. Kalau kau rasa korang dah habis cuba, then lagi baik stop awal-awal sebelum dua-dua sakit hati. Hm, kalau bab jumpa orang baru pulak, bergantung. Siapa yang jumpa ni? Kau ke dia?

Japa
Dua-dua. Aku baru terjumpa, yang dia pulak aku dah tau lama dah dia jumpa. Dalam rahsia. Tapi aku tau. Aku boleh hidu. Aku yakin dia dah lama jumpa orang lain. Mungkin dah sampai tahap dombor dua.

Hadi
Macam mana hubungan korang? Masih intim ke atau dah nampak macam hilang tumpuan? Kalau dah nampak macam hilang tumpuan, then mungkin dah parah sampai tahap nombor satu. Tapi kau sure korang bukan nombor tiga?

Japa
Tak, masa kitorang jatuh cinta dulu memang kitorang yakin dengan perasaan kitorang.

Hadi
Nenek aku pun pernah cakap macam tu masa dia suruh aku bawak dia naik basikal jalan ke rumah jiran jual kain. Tapi bila aku baru start kayuh dah jatuh hempap kaki dia sampai patah, sampai sekarang dia ungkit. Anyway, kalau masalah korang jumpa orang baru ni, then aku nasihatkan be honest to each other lah. Kalau dah tak yakin dengan hubungan tu, let each other go. So kau boleh terus berkenalan dengan yang baru tu, and dia boleh terus berkenalan dengan yang baru jugak.

Japa
Kalau kes nombor satu, macam mana pulak?

Hadi
Obviously kalau kes nombor satu korang dah tak boleh buat apa-apa. Ye, aku boleh cakap "Mungkin ada cara lain untuk korang kembalikan rasa sayang tu dan hilangkan rasa bosan", but unfortunately, aku tak ada idea sekarang. Kau try tanya orang lain. Kalau aku, baik jujur dengan diri sendiri.

Japa
So...I should let my love go?

Hadi
Ha, that depends on whether or not you really meant it when you said "my love". Did you mean it or did you simply use the term generally?

Japa
Aku pun tak sure. Tapi macam tak sampai hati pulak nak break. Dah lama kot.

Hadi
Life will get better eventually. Masa break memang rasa semacam pahitnya. Tak kisahlah atas dasar kehendak diri sendiri atau tak. Tapi as I always believe, sometimes in life, we have to let go certain things in order to gain new and better ones. Aku bukan nak cakap yang kau patut let go now or in the future. Kau boleh try hold it one more time, kalau kau sanggup. Aku cuma nak bagitau yang bila kau dah cuba macam-macam and still failing, then it's time to let go. Accept it. Banyak benda kau boleh belajar dari situ.

Japa
Haih, pening kepala aku!

Hadi
Memanglah pening. Kalau tak bukan masalah namanya. Anyway, kau boleh dengar nasihat aku ni, atau kau boleh ignore. Aku bukan expert pun bab-bab macam ni.

Japa
Bukan senang nak start over, dude. Nanti nak kena mengurat balik... kenal hati budi masing-masing balik... kena propose balik... adoi.

Hadi
Tapi lagi susah kalau hidup dalam keraguan, tak pasti hala tuju, hati tak senang, sana-sini curiga, tak percaya satu sama lain and stuff, kan? Plus, kau bukan dalam filem Hindustan semua masalah akan settle in the end and ada happy ending. Ni real life ni. Ha, kau pilihlah sendiri yang mana kau lagi prefer.

Japa
Kau rasa aku patut break ke atau tengok dulu macam mana?

Hadi
Aku tak boleh bagitau. A good advice is always neutral. I can give you options and opinions, like I just did, but I must never tell you to pick yang mana satu. Kalau aku buat macam tu, maknanya aku bukan tengah bagi nasihat, tapi menghasut.

Japa
Tapi aku rasa aku patut break. Aku dah confirm sangat dia dah ada orang lain.

Hadi
No comment kat situ. Aku memang tak boleh cakap apa-apa. Dude, aku cuma kenal kau online kat Facebook, jumpa and hang out sama-sama pun tak pernah. Aku fan Liverpool, kau Manchester United. Silap hari bulan kita ni musuh. What makes you think aku layak untuk bagitau kau exactly apa yang patut kau buat?

Japa
Itulah sebabnya aku tanya kau, bro. Sebab kau tak kenal aku and Timah personally. So kau boleh bagi opinion secara bebas, tak biased kepada sesiapa. Kau tak kenal aku, and kau definitely tak kenal Timah.

Hadi
Timah? Umm, dude, nama sebenar kau apa eh? Jaafar ke Azfar?

Japa
Azfar Muthalib. Kenapa?

Hadi
I think you should break up with her.

Japa
Eh, kenapa tiba-tiba?

Selepas 30 minit tanpa reply...

Japa
F**k you! I repeat, f**k you, Hadi! Macam manalah aku boleh tak perasan yang kau nilah si bangsat yang tackle awek aku, kan? F**k you!

Edisi Khas Bahasa Melayu 3: Unable To Speak (Tidak Terluah Dengan Kata-kata)

BUJI sedang duduk di atas katilnya termenung. Pintu biliknya dibiarkan terbuka. Beberapa saat kemudian, SOFI, kawan baiknya masuk. Sambil berdiri di hadapan katil, dia bertanya kepada kawan baiknya yang sedang termenung jauh itu.

SOFI
Apa masalah kau ni, Buji?

BUJI
Ha, Sofi, bila kau sampai?

SOFI
Lebih kurang...(melihat jam tangan) 32 minit dan 41 saat yang lepas.

BUJI
Banyaklah kau 32 minit 41 saat. Aku nampak kau masuk bilik tadi.

SOFI
Dah tu, buat apa tanya lagi? Apa ek masalah kau ni? Menung memanjang.

BUJI
Apa masalah aku, eh? Hm..(tarik nafas) apa pendapat kau tentang English essay aku?

SOFI
English essay kau? Okay je.

BUJI
Just okay je?

SOFI
Baguslah maknanya..dah teacher pun asyik puji karangan kau, takkan tak bagus? The content is always fresh...the grammar is good...hardly spelling errors..apa lagi?

BUJI
So maknanya karangan aku...

RUBINA
Buji! Baju dalam mesin basuh tu dah habis cuci ke belum?! Aku nak pakai mesin basuh ni! (menyampuk secara tiba-tiba di hadapan pintu bilik)

BUJI
Dah..

RUBINA
Dah tu, tak reti nak keluarkan??

BUJI
Ala, tak boleh tolong letakkan dalam bakul ke? Takkan tu pun susah?

RUBINA
Banyak cantik! Apa kau ingat aku ni orang gaji kau??

BUJI
Benda kecik je pun, damn it! Tu pun nak berkira?!

RUBINA
Ah, lantak lah kau! Aku campak je baju kau keluar! (bergerak keluar)

BUJI
Yeah, just do it, bitch! I’d like to see you do it, you sickening pathetic whore! Your existence is a mistake! Mom and dad didn’t really want you! They didn’t plan for you!

SOFI
Whoa..easy dude. She’s your sister.

BUJI
Ah, dia tu tak habis-habis menyusahkan orang! Sakit hati betul!

SOFI
(tukar topik) So..kenapa kau panggil aku eh?

BUJI
Pasal English aku lah.

SOFI
Kenapa dengan English kau?

BUJI
Tengok la pulak aku cakap English macam mana..terhegeh-hegeh..merangkak. Tak macam time tulis essay.

SOFI
Dude, I just heard you speaking English like...seconds ago. And that was good.

BUJI
Bila part mencarut memang aku fluent. Tapi bila sampai part normal conversations, aku gagap.

SOFI
Macam tu pulak? Habis, kau nak aku buat apa?

BUJI
Apa kata kau duduk? Meh sini duduk sebelah aku.

SOFI
Err..no thanks..I don’t like the idea sitting on a bed with another guy...alone.

BUJI
Bangang kau ni..otak kotor. Aku straight lah sengal.

SOFI
Hehe, aku duduk atas lantai, okay? (duduk bersila atas lantai sambil mencapai Akhbar Harian Metro)

BUJI
Macam mana kau boleh fluent English eh? Bagi tips sikit.

SOFI
Tips apa...selalu cakap dalam English sudah..tu je cara nak fluent.

BUJI
Aduh..every time aku tanya tips nak fluent English, mesti semua jawab “always speak in English”. Tak ada cara lain ke?

SOFI
Dah kata nak petah bercakap, kena lah selalu bercakap.

BUJI
Masalahnya dekat rumah ni mana ada orang yang reti English melainkan aku. Mak bapak aku tak reti English. Dua-dua pure Malay.

SOFI
Kakak ‘kesayangan’ kau tu?

BUJI
Rubina?? Dia tu lagi bangang. Sepatah haram tak tahu. Disturb the water..disturb the water..

SOFI
Apa tu?

BUJI
Kacau air.

SOFI
Hah?

BUJI
Ala, kacau air. Masukkan gula, lepas tu kacau sampai sebati. ‘Kacau’. (sambil tangan menggayakan)

SOFI
Owh..!! Haha, bapak lawak!

BUJI
Tu la pasal. Tu pun dia belajar dari member dia. Sama-sama bangang.

SOFI
Tak baik kau cakap kakak kau macam tu, dude.

BUJI
Ah, dia selalu menyusahkan aku. I hate her. Okay, back to the topic. Ha, tak ada cara lain ke?

SOFI
Seriously, dude. That’s what I know. If you want to be fluent in a language, you speak the language. Trial and error.

BUJI
Leceh lah...

SOFI
Oh come on..you can do it..you’re already good in English, except for the oral part. Kacang je bagi kau.

RUBINA
Wei, bodoh! Yang kau habiskan sabun basuh, apa hal?? (muncul mengejut di hadapan pintu bilik, sekali lagi)

BUJI
Bodoh, dah memang tu lumrah alam, nak buat macam mana?? Yang hidup akan mati, yang ada akan jadi tak ada! Yang mula akan habis!

RUBINA
Kau jangan nak loya buruk dengan aku, eh! Habis aku nak basuh baju dengan apa? Bulu ketiak kau?

BUJI
Kalau bulu ketiak boleh buat basuh baju, tak ada orang jual sabun basuh, kak oi! Otak ada, pakai ar!

RUBINA
Banyak cantik! Aku lah yang kena beli, kan? Kau sedap-sedap bedal sampai habis, aku pulak yang terhegeh-hegeh beli??

BUJI
So what? Can you do me a fovour? Just move your freaking ass and get lost! I don’t give a shit about you!

RUBINA
Kau jangan nak speaking dengan aku, eh!

BUJI
Speaking speaking speaking speaking speaking speaking speaking!

RUBINA
Eeee..budak ni..!!

SOFI
Ha, kak Rubi, nanti balik saya belikan sabun basuh ye?

BUJI
Right, nanti kejap lagi aku beli lah. Bising betul!

RUBINA
Aku nak pakai sekarang lah, bodoh! (keluar)

SOFI
Err..hehehe..hehe.

BUJI
Did you see that? Did you see how annoying and irritating she was??

SOFI
A bit.

BUJI
Spoil mood aku je. Where did we stop? Ah, oral English. Aku bukan tak reti English langsung, betul apa yang kau cakap tu. Masalahnya, aku tak boleh spontan. Kena susun dulu ayat, terkebil-kebil mata, baru boleh cakap.

SOFI
Then you start with that, lah.

BUJI
Segan ar..teacher siap puji essay aku depan kelas..bukan sekali dua..banyak kali. Tiba-tiba sampai part speaking, terkebil-kebil. Malu!

SOFI
Malu tu lah yang susahkan kau. Nak belajar bercakap, kita tak boleh malu buat salah. Dari situ kita improve. (berfikir sejenak) Okay, macam ni lah. Bila kau mencarut dalam kemarahan, kau boleh speaking kan?

BUJI
Begitulah hakikatnya. Eceh, hakikat.

SOFI
(Berdiri, kemudian berjalan ke arah BUJI, lalu menendang kaki kanannya dengan sekuat hati)

BUJI
Arrrghhh..!!(mengerang kesakitan, berguling di atas katil sambil memegang kaki kanannya) Dam....urgh..! Damn it! Shit! What the fu...what..arghhhh..!!!! What the hell is wrong with you, dude??! Are you out of your freaking mind..??! You bastard!!Damn it! Damn it!(mengusap kaki)

SOFI
Does it hurt?

BUJI
It fu...it freaking hurts, you son of a bitch...!! It hurts!!

SOFI
Hey, if you want to say the ‘F’ word, just say it, okay? Don’t hold back.

BUJI
What are you, dumbass? I’m trying not to curse too much, damn it!

SOFI
That’s the idea! That’s the idea!

BUJI
What idea? Kicking someone’s leg and asking him not to curse?

SOFI
Bukan! You! You curse, but don’t curse. That’s it.

BUJI
You curse but don’t curse, what the hell are you talking about?

SOFI
Kau perasan tak? Kau tengah speaking sekarang ni!

BUJI
Speaking wha..? (berhenti sejenak) Yeah, I was...I am speaking English.

SOFI
Right? You’re speaking English , right? You see that? You see that?

BUJI
Yeah, yeah, I see it. But I told you it’s normal. Bila mencarut aku cakap dalam English. What’s your point, dude?

SOFI
Okay, let’s start again. Kau memang dah proficient in English, except for oral English. Right?

BUJI
Yeah.

SOFI
You can write in English, and you are grammatically proficient. But. But, when it comes to speaking in a normal conversation, you falter. Kau ragu-ragu, kau gagap, kau gelabah. Tapi bila kau mencarut, kau speak English, like, fluently. Maksudnya, kau sebenarnya boleh bercakap dalam English, but, kau terlalu self-conscious. Kau takut buat silap. Sebab kau dah bagus dalam grammar, jadi kau nampak every little mistake you make while producing a sentence, walau pun tak lah begitu ketara or menjejaskan maksud ayat kau, but you’re aware of it. Jadi kau takut. Kau segan. Kau malu kalau-kalau orang lain perasan mistakes yang kau buat tu.

BUJI
Go on.

SOFI
Self-consciousness kau dalam kes ni membataskan kau punya ability to produce sentences in a very short time, or in short, spontaneously. Tapi bila kau mengamuk, semua perkataan tak bagus dalam English kau boleh produce! Ha, sambung.

BUJI
Maksud kau, sebab aku terlalu takut grammar aku salah, aku jadi gagap. Tapi...

SOFI
(sambung) ...bila kau marah, kau dah tak kisah dah grammar kau betul ke salah. Self-consciousness kau hilang. Kau just nak luahkan perasaan kau. Kau bedal je. But, because of your level of proficiency in English grammar is good, kau jadi fluent time kau tengah seronok mencarut tu. Faham? The only thing that stops you from speaking English fluently, is your self-consciousness. That’s all. Dari segi grammar, you’re already good.

BUJI
I see. Now everything is making sense!

SOFI
Okay, let’s try it again.

BUJI
Try it again, what?

SOFI
I’ll hit you again, and all you gotta do is release your anger without cursing.

BUJI
Hahaha, no way. Kau nak tendang aku lagi sekali? No no no..(menggeleng kepala)

SOFI
Eh, kalau aku plan nak tendang kau lagi sekali, mesti kau dah ready awal-awal. So kau punya anger tak original la pulak.

BUJI
Exactly.

SOFI
That’s why this time I’m gonna punch you right on the face! (terus menumbuk BUJI)

BUJI
(jatuh terbaring ke atas katil) Adoi...sakitlah bodoh.........!! (memegang muka dalam kesakitan) Kau nak mampus...?? Kau nak mampus, SOFI?? Sakitlah, babi!!

SOFI
Ala, kenapa kau tak speaking??

BUJI
Suka hati aku lah nak speaking ke tak..!!

RUBINA
Hoi..!!! Yang kau terjerit-jerit ni kenapa?? Nak mampus?? Memekak betul lah!! (sambil mencekak pinggang di hadapan pintu)

BUJI
Kau jangan sibuk lah!!

RUBINA
Dah kalau kau asik terjerit kat dalam rumah ni, mana aku tak sibuk??

SOFI
Kami berdua tengah praktis belajar English, kak Rubi.

RUBINA
Lagi sekali aku dengar kau terjerit-jerit macam orang gila, aku terajang kau!! Umur dah 20 tahun, tapi otak macam budak tadika! Terjerit sana sini, tergolek sana sini. Terencat agaknya. (keluar samibil menutup pintu bilik dengan sekuat hati)

BUJI
Meluat betul aku dengan betina tu!

SOFI
So macam ni lah kehidupan kau seharian eh? Bertekak dengan kak Rubi.

BUJI
Aku pun tak ada idea nak buat macam mana. Dia tu memang annoying. Especially bila kau datang. Mesti mengamuk, kata aku buat bising lah, bercakap mengarut macam orang gila lah. Entah apa-apa entah.

SOFI
Dia risau pasal kau tu.

BUJI
Tak ada maknanya. Tapi ni lah yang buat aku tension. Sejak kau tak ada, aku belajar English sendiri. Tak ada sorang pun datang tolong. Selalu kau je yang tolong. (mengeluh)

SOFI
Sorry, dude.

BUJI
Kau pun satu. Yang pergi mati awal-awal buat apa? Tinggal aku sengsorang kat sini. Tak ada member nak speaking English with. Nak harapkan family aku, tak payah lah..tertekan aku. Macam mana nak improve oral English kalau tak ada geng nak bercakap? Kau tahu tak dah berapa lama kau mati?

SOFI
Aku tak ingat.

BUJI
Dah tiga tahun.

THE END

Edisi Khas Bahasa Melayu 2: Permainan Dahulu Kala

Sebagai sorang manusia yang membesar dan menjadi ganyut setiap hari, kita tak terelak daripada melupakan aktiviti serta kenangan lama masa muda² dulu. Contohnya cam permainan tradisional ataupun yang direka sendiri. Oleh itu, kat sini saya nak tanya korang satu soalan. Korang ingat lagi tak permainan² yang disebut kat bawah ni? Kalau tak ingat, sila staple kepala masing², okey? (Kecuali la korang berasal dari generasi berlainan dan tak pernah main benda alah camni).

1. Lawan Pemadam

Sediakan satu meja dan dua atau lebih orang pemain. Masing² ada satu pemadam berjenama negara (secara purata 9/10 rakyat Malaysia setuju pemadam Brazil merupakan pemadam yang sangat dahsyat). Sebaik saja permainan bermula, pemain akan tekan pemadam tu menuju ke arah pemadam lawan. Pemadam yang berjaya menindih pemadam lawan dikira pemenang. Kemudian permainan diulangi sampai muntah atau dimarahi cikgu.

2. Lawan Pen

Konsep yang hampir sama dengan Lawan Pemadam. Satu meja diperlukan dan beberapa orang pemain dibenarkan berlawan secara serentak. Cara nak menang mudah jer. Setiap pemain kena jentik pen masing² melanggar pen lawan sehingga la pen diorang tu jatuh. Pen yang berjaya kekal kat atas meja sehingga perlawanan tamat (pen lain habis jatuh semua la) dianggap pemenang. Pen yang digunakan untuk beraksi gak boleh diubahsuai mengikut kreativiti pemain.

3. Rebut Tiang

Lokasi strategik diperlukan untuk permainan ni. Semakin banyak tiang sesuatu tempat tu ada, semakin meriah permainan. Kebiasaannya koridor kat luar kelas ataupun rumah teres satu tingkat menjadi feveret. Camner nak main? Letak kaki masing² pastu kira. Saper yang terpilih jadi 'beruk' tak dibenarkan pilih tiang. Yang lain boleh. Apabila permainan dimulakan, setiap pemain yang memiliki tiang harus la menukar posisi dengan pemain lain, pada masa sama tiang yang ditinggalkan tak dicerobohi 'beruk' tersebut. Kalau kena ceroboh, giliran mangsa ceroboh tu pula jadi 'beruk'. Permainan ni gak menyaksikan ramai pemain ter-kangkang² bergerak dari satu tiang ke tiang yang lain.

4. Bola Sepak Kad Dan Kertas

Potong kad manila jadi saiz kad terup (atau beli jer kad terup apa² jenis) pastu lipat dua. Lipat la sebanyak mana yang korang nak tapi pastikan jumlahnya seimbang untuk ke-dua² pasukan (ya, main bola sepak kena ada dua pasukan). Bila dah selesai buat pasukan, koyakkan secebis kertas lalu komot²-kannya sehingga menjadi 'segumpal' bola kertas yang comel. Mulakan permainan dengan menepuk kad yang dilipat dua tu untuk menendang bola. Ha, jangan lupa buat pintu gol tau.

5. Lompat Getah

Permainan ni memerlukan jumlah gegelung getah yang sangat banyak. Sambungkan gegelung getah tersebut sehingga menjadi seutas tali getah yang panjang. Kemudian buat dua pasukan (kalau tak silap lebih pun boleh). Tugas setiap pasukan ialah melepasi halangan dengan cara melompat ataupun menyangkutkan ke-dua² belah kaki melepasi tali getah tersebut. Oh ya, setiap halangan terdiri daripada pelbagai tahap ketinggian cam tahap lutut, peha, pinggang, dada, bahu, telinga, bulu kening dan akhir sekali, kepala. Dengan bangga saya katakan, saya sangat handal main lompat getah. Nak lawan? :P

Jadi, kesimpulannya semua ni merupakan hasil kreativiti kanak² generasi terdahulu sebelum munculnya permainan maya cam Playstation, komputer dan sebagainya. Bagi la apa pun, dengan mudah diorang akan jadikannya sebagai permainan. Setuju?

p/s: Apa lagi ek permainan lain yang direka sendiri?

Edisi Khas Bahasa Melayu 1: Peta Minda Sang Penulis

Maka dimulakan inti pati karangan enam perenggan berunsurkan intonasi serba mengarut khas untuk Bahasa Melayu tercinta. Mengapa? Khas untuk Bahasa Melayu tercinta. Mengapa? Sekali sekala mengarut dalam bahasa ibunda seronok juga. Maklumlah, pengaruh rakan sebaya.

Hatta tersebutlah sebuah hikayat sang penulis yang hobinya sudah tentulah menulis, pencinta keindahan bahasa dan kata-kata ditegur oleh rakan-rakannya. Mengapa? Sebab dia sangat suka memikirkan sesuatu yang bukan-bukan. Hendak dijadikan cerita, suatu hari dia bercadang untuk menghasilkan sebuah karangan yang dalamnya bukan sekadar kata-kata tumpul sebaliknya...alahai, istilahnya tidak dapat dijumpai.

Andai kata seorang manusia itu malas bernafas, maka ratusan tahun dahulu kaum Mayan pastinya tidak sempat menghasilkan kalendar tepat lalu para saintis dan cendekiawan sekarang juga tidak terbayangkan ramalan tragedi 2012. Andai kata seekor katak itu tidak pandai melompat, sudah tentu penggubah lagu kanak-kanak terpaksa memerah otak menggantikan lagu 'Lompat Si Katak'. Pendek cerita, perubahan sesuatu norma akan mengubah keperibadian seluruh alam.

Ribuan tahun terdahulu pelbagai legenda kecantikan sang puteri dipropagandakan sehingga kecantikan wanita hari ini dibanding-bandingkan dengan mereka. Tetapi jika dua wanita cantik ingin dipertandingkan kecantikannya, haruslah kedua-duanya diletak bersebelahan supaya perbandingan tepat dapat dilaksanakan. Dalam erti kata lain, sang puteri yang hidup pada zaman dahulu patut dibawa ke sini dan ayuh nilaikan keindahannya. Dalam erti kata lain juga, kalau sang puteri yang disebut-sebut itu masih hidup pada zaman sekarang untuk dibandingkan, tentunya dia sudah menjadi wanita tua kerepot dan tidak lagi jelita seperti dahulu. Terang-terang si gadis sekarang akan menang. Tidak begitu? Jadi mengapa harus dibandingkan lagi?

Sang penulis wajib membaca demi memperkayakan ilmu dan bahasa di dada. Namun berapa ramaikah yang sudi meluangkan masa mengeja setiap perkataan dan seterusnya mengeja semula perkataan yang lebih susah? Seperti belasungkawa, fata morgana dan logamaya? Malah si penulis ini sendiri tidaklah sehebat mana. Dia baca kesemuanya, kecuali perkara yang tidak ingin dibacanya. Mengapa? Tepuk dada tanyalah selera.

Dalam halaman ilmu pengetahuan wujud sebuah gerbang yang terbuka luas. Tapi bukan semua mampu menjumpainya. Seperti seorang guru yang pernah menghasilkan peribahasa aneh berbunyi, 'Bagai meletakkan telur goreng di mulut orang mati', jawapan sebenar tidak mungkin diketahui semua. Oleh itu, fikir sebelum berfikir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Think Before You Think.

Think Before You Think.

Interlude

Books are just papers with some ink on them. They mean nothing. But they'll become something when there are people reading them.

Dramatic Durian

You cannot click the picture unless you're a movie lover.

Let's Get Whiteboard-ed!

You cannot click the picture unless you want to learn English.